Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Friday, April 30, 2010

Blurb:Satu Pengenalan




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Blog ini diselenggarakan sepenuhnya oleh pelajar Pra-Universiti Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur(SMKDPT),Masai yang bertindak sebagai AJK Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti.

Antara tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk membuktikan pelajar Pra-Universiti sebenarnya  mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar lain.Ini kerana masih terdapat stigma yang beranggapan bahawa mereka yang meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam sebagai 'budak sekolah biasa' hanya kerana kami memakai seragam sekolah dan belajar di sekolah bersama-sama murid lain.

Ini akan dilakukan melalui fungsi blog ini yang akan memberikan info-info dan laporan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dan telah dilakukan oleh pelajar Pra-Universiti.

Blog ini juga turut dijadikan medium kepada para pelajar dan orang ramai untuk menyuarakan pendapat dan kritikan mereka berkenaan Pelajar Pra-Universiti bagi memperkasakan lagi standard dan mutu pelajar Pra-Universiti.Anda boleh melakukannya melalui chatbox yang disediakan di laman blog ini serta laman Facebook milik kami.Selain itu,anda juga boleh menyalurkan pendapat anda ke e-mail kami iaitu mppusmkdpt@yahoo.com.

Melalui blog ini juga,kami berharap agar Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti sekolah lain dapat berhubung dengan kami sekiranya mereka mempunyai agenda yang memerlukan penglibatan kami.Selain untuk bertukar-tukar maklumat berhubung apa-apa sahaja yang melibatkan Pra-Universiti.

Oleh itu,kami semua mengharapkan agar anda semua akan memberi sokongan  kepada kami dalam merealisasikan misi kami.

Akhir kalam,
 Majulah MPPU untuk Negara!






No comments: