Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Monday, May 3, 2010

Pelancaran blog dan detik-detik bersejarahnya.

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah,blog ini sudah berjaya dilancarkan di sekolah pada perhimpunan mingguan di hadapan seramai kira-kira 900 orang pelajar!!

Ahh!bayangkanlah blog anda dilancarkan di hadapan sebegitu ramai manusia.Sungguh teruja dan bangga.Namun,terselit juga sedikit perasaan gugup terutama ketika harus berucap sedikit selaku pembangun
blog bersama saudara Azreq.Sedang saudara Azreq mengemudi blog dari bawah saya harus menerangkan serba sedikit tentang blog ini kepada para pelajar dan guru lain.

Hari ini juga adalah,saya kira sebagai salah satu detik bersejarah buat pelajar-pelajar Tingkatan Enam dan guru-guru Tingkatan Enam kerana hari ini adalah hari di mana Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti benar-benar menonjolkan diri dengan slot khas untuk MPPU pada setiap perhimpunan.

Diharapkan dengan adanya blog ini disertai dengan slot KHAS MPPU,Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur akan menampakkan dirinya dan terus gemilang bukan sahaja di peringkat sekolah malah juga negara dan andai mampu,ke Seantero Dunia!!

susun atur waktu pelancaran:


Dimulakan dengan saudari Felly menjadi pengerusi majlis untuk slot MPPU.

Seterusnya,diikuti dengan ucapan oleh Puan Rahmah selaku guru penolong kanan Tingkatan Enam mengenai perihal Tingkatan Enam dan pelancaran blog ini.

jika anda perasan,guru yang berada di belakang Puan Rahmah,yang berbusana lengkap berwarna Biru itu,puan Zaleha.

slot ini kemudiannya diikuti dengan saudara Shareef,selaku pengerusi MPPU memenuhi slot MPPU yang pertama.Beliau memberikan ucapan berkenaan 1Malaysia.Ini akan diikuti oleh AJK MPPU yang lain di setiap perhimpunan.


Untuk menjadikannya lebih interaktif,disediakan kuiz terbuka mengenai topik ucapan Saudara Shareef.


Ini dia sebilangan daripada pelajar semasa perhimpunan.

kudos buat pelajar lain yang memberikan perhatian mereka kepada kami semua.Juga kepada Puan Zaleha yang berusaha keras memastikan pelancaran blog ini berjalan lancar tanpa ada cacat celanya.Ouh.Foto-foto semasa pelancaran akan diupdate nanti.Ini kerana ianya adalah momen-momen khas kami.Maka,entrinya juga harus khas.Nantikan!!

No comments: