Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Sunday, August 29, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 !!!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.Wah tak sangka tahun ini merupakan tahun yang ke 53 Malaysia mengekalkan kemerdekaannya sebagai sebuah negara yang berdaulat.Apa yang bertuahnya sebagai rakyat yang darahnya tumpah di bumi pertiwi ini? haa mestilah kebebasan dalam bersuara dan kehidupan yang aman dan harmoni yang masih lagi kekal sehingga hari ini.Sistem demokrasi yang di amalkan di negara ini nyata melahirkan sebuah induk penbangunan yang sangat baik tidak kira dalam pentdbiran dan pemerintahannya.


Semua rakyat Malaysia sepatutnya ada satu semangat yang perlu dipupuk bagi mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara ynag aman dan makmur yang terdiri daripada berbilang kaum.

Mungkin generasi sekarang tidak hidup pada zaman kegawatan dimana suatu ketika dahulu para pejuang tanah air berhempas pulas menggadai segalanya demi mendapatkan kemerdekaan itu,namun apa salahnya sebagai rakyat sekali gus generasi muda yang bijak sama-sama merealisasikan hasrat negara ke arah negara yang berdaya saing dan maju dengan negara-negara lain.Dengan cara ini kemerdekaan itu boleh di kekalkan.

Rasa patriotik itu tidak perlu diucap semata-mata tetapi perlukan bukti dengan perlakuan dan kejayaan yang di berikan kepada negara.

Apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara bagi mengekalkan kemerdekaan ini? ha.tepuk dada tanya selera.Anda sebagai pelajar khususnya ada tanggungjwab memajukan Malaysia kerana anda pewaris kepimpinan Malaysia yang bakal menerajui pemerintahan yang adil dan saksama.

Jom rakan-rakan semua pupuk semangat patriotik dalam diri supaya semangat itu kekal dan menjadi identiti kepada kita.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!

2 comments:

Jef Hadi said...

pics last tu lawa lah seh!

MPPU-SMKDPT said...

ye2..terima kasih budak sastra...heheheehe....