Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Wednesday, November 3, 2010

Majlis graduasi: Polemik dan Kejayaannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

selamat datang ke blog Mppu Smkdpt ini. Ya, kami tahu ianya semakin bersawang. Tolong jangan tuding jari, dan salahkan kami atas ke'usang'an blog ini. Bukan ini yang kami mahukan, tapi disebabkan tuntutan keadaan, terpaksa blog ini kami biarkan seketika.
*******

Ok. Sabtu yang lalu, tepat pada 30/10/2010, telah berlangsung Majlis Graduasi untuk pelajar Pra-Universiti dari daerah Pasir Gudang.

Sekolah yang terlibat adalah sebanyak 5 buah sekolah.

Majlis ini, seperti biasa telah dilangsungkan di Hotel Selesa(ya, anda pasti selesa!), Pasir Gudang.

Seramai 150++ pelajar telah berjaya melayakkan diri untuk mengenggam sijil graduasi tersebut. Ouh, sebelum terlupa, syarat untuk mengikuti majlis graduasi ini adalah pelajar tersebut mesti mendapat sekurang-kurangnya 1P, iaitu lulus satu subjek.

(P=Pass).
******

Perkhabaran bahawa majlis ini akan dilangsungkan telah diterima oleh kami kira-kira sebulan sebelum majlis ini berlangsung.

Seperti biasa, perkara-perkara yang baru biasanya akan ada polemik yang menemani. Itu wajib, serasa saya, dan polemik yang bergema adalah sekitar kos, dan protokol berpakaian yang harus diikuti oleh pelajar.

Ada juga polemik paling besar, namun itu akan dibincangkan lebih lanjut.

Jadi, teruskan membaca..
*******

Untuk makluman pembaca, Majlis ini adalah yang pertama di Malaysia. BELUM PERNAH lagi, majlis graduasi untuk pelajar Pra-Universiti diadakan di negara tercinta ini.

Mungkin pembaca, pelik kerana majlis graduasi telah pun diadakan sedangkan Peperiksaan STPM belum pun bermula. Mana konsep GRADUASInya, ya tidak?

Inilah polemik terbesar majlis ini.

Baiklah, begini.

Kami sebagai pelajar yang bakal menyertai majlis ini sendiri, pada mulanya sedikit menentang. Tidak bersetuju. Mana mungkin kami akan graduasi sebelum peperiksaan STPM kami hadapi?

Ini tidak logik kata kami!

Tetapi, selepas diterangkan bahawa tujuan majlis ini adalah untuk memberi semangat kepada para pelajar, yakni dengan memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai sendiri gahnya majlis graduasi sebenar di Universiti nanti.

Apatah lagi, apabila guru-guru kami mula bercerita kepada kami tentang keterujaan mereka, dan kegembiraan mereka, apabila menerima segulung ijazah di atas pentas graduasi di Universiti masing-masing, kami pelajar, umumnya jadi terbakar semangatnya.
******

Ok. Usai sesi bercerita tentang polemik.

Selesai majlis ini, kami terima perkhabaran yang membuatkan kami cemburu, tahun depan, majlis graduasi yang lebih besar skalanya akan insyaallah akan diadakan.

Besar mana skalanya? peringkat negeri sayangs!!!
******

Tahniah diucapkan kepada Nurafiya Abdullah dan Lai Guan Ming, kerana berjaya menggondol hadiah pelajar terbaik bagi aliran kemanusiaan dan aliran sains!

Anda mengharumkan nama sekolah kita!!

ini dia Nurafiya Abdullah.
ini pula, Lai Guan Ming.

No comments: