Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Thursday, July 21, 2011

Wanita berkerjaya

Soalan  :  Kaum  wanita  berkerjaya  mampu  membantu  membangunkan  negara  dalam  pelbagai  bidang,  walaupun  pada  hakikatnya  mereka  juga  menghadapi  krisis  dwikerjaya  yang  menyumbang  kepada  beberapa  masalah  sosial.  Bincangkan.

Taksiran  soalan :  Memfokuskan  kepada  sumbangan  wanita  dalam  meningkatkan  nama  negara  di  mata  dunia,  dan  masalah  sosial  yang  diharungi  wanita  dalam  kerjaya  mereka. 

Laras  :  sastera  (2+2)


Pendahuluan
(mengikut  pengolahan  masing-masing)

Sumbangan  wanita
I1-  wanita  memberi  sumbangan  dalam  bidang  ekonomi.
H1-  ramai  pakar  ekonomi  wanita  yang  dilahirkan  dewasa  ini.
H2-  menceburi  bidang  perniagaan  bukan  hanya  perniagaan  domestik  malahan  sehingga  ke  peringkat  antarabangsa.
H3-  bukan  sahaja  semakin  memonopoli  bidang  perniagaan  tetapi  semakin  ramai  wanita  melibatkan  diri  secara  aktif  dalam  dunia  korporat.
H4-  wanita  memberikan  idea  berkelas  dunia.  Idea  telah  diaplikasikan  untuk  membangunkan  negara.
H5-  Buktinya,  dalam  negara  Gabenor  Bank  Negara  diungguli  wanita (Zeti  Akhtar  Aziz).

I2-  wanita  dalam  sumbangan  sosial,  dan  kemasyarakatan.
H1-  membantu  dalam  aspek  kesihatan  dengan  menjadi  pekerja  sukarela  membantu  insan  di  kawasan  bencana  alam.
H2-  menjadi  duta  negara  dalam  perbincangan  tentang  hak,  dan  kepentingan  sosial.
H3-  meningkatkan  imej  negara  dengan  sumbangan  yang  disalurkan  atas  nama  Malaysia.
H4-  menjadi  sebutan,  dan  sanjungan  dalam  kalangan  masyarakat.

Masalah  sosial  yang  dihadapi  wanita
I3-Institusi  kekeluargaan  menjadi  longgar.
H1-  kekangan  masa  yang  terhad  dalam  melaksanakan  komunikasi  kekeluargaan.
H2-  hubungan  kekeluargaan  menjadi  renggang.
H3-  anak-anak  menghadapi  masalah  namun  tiada  tempat  mengadu.
H4-  menimbulkan  konflik  peranan  kepada  wanita  antara  menjadi  ibu,  isteri,  dan  pekerja.

I4-  Beban  kerja  yang  menimbun.
H1-  pekerja  wanita  terbeban  dengan  tugas  yang  terpaksa  dilakukan  diluar  kemampuan,  dan  masa  yang  singkat.
H2-  membangkitkan  psikologi  negatif  dalam  diri  pekerja  wanita.
H3-  persepsi  negatif  mengganggu  konsentrasi  untuk  bekerja.
H4-  pekerja  gagal  menunjukkan  prestasi  yang  diharapkan.
H5-  kegagalan  mencapai  target  dalam  pekerjaan  membuatkan  pekerja  tertekan  dan  bertindak  bunuh  diri.


Kesimpulan
Tidak  dapat  dinafikan  lagi  sumbangan  wanita  adalah  selaras  dalam  meningkatkan  imej  negara.  Seharusnya  pihak  majikan  perlu  peka  melindungi  hak,  kebajikan,  dan  kepentingan  pekerja  wanita.





~Kejayaan  milik  insan  yang  berusaha~

No comments: