Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Saturday, May 22, 2010

Sambutan Hari Guru yang Jaya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

woa.Rasanya dah lama blog MPPU ni tidak dikemaskinikan dengan entri-entri kan?

Maaf ya.Kami semua sedang sibuk berperang dengan soalan peperiksaan.Jadi,persiapan harus dilakukan serapi mungkin supaya kami tidak gagal.Sebab itu lah,blog ini dibiarkan dalam mod hiatus untuk sementara.Namun memandangkan kami masih sempat mencuri sedikit masa untuk online,oleh itu kami buat keputusan untuk mengemaskinikan blog ini dengan curahan info tentang sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah kami!

Teruskan membaca ya!

Tarikh:18 Mei 2010

Lokasi:Dewan Penggawa,Smkdpt.

Info:Majlis sambutan Hari Guru Smkdpt

Tema:Pakaian Tradisional

Baiklah.Tahun ini dilakukan sedikit pembaharuan dari segi pengurusan program untuk Hari Guru.Memandangkan tidak seperti biasanya,MPPU yang akan mengendalikan program Hari Guru untuk slot sambutan di dewan.Persediaan rapi telah dilakukan seminggu sebelum majlis bermula.Ini amat mencabar kami memandangkan persediaan untuk majlis ini dan program orientasi Pelajar Tingkatan Enam Bawah berlangsung pada masa yang sama.Untuk pengetahuan pembaca tersayang,kedua-kedua program(orientasi dan majlis sambutan) dikendalikan oleh MPPU.Bayangkan masa yang menghimpit,lagi-lagi apabila habis sahaja sambutan Hari Guru,hari kami harus menghadapi peperiksaan pertengahan tahun pula.

Walaupun ada sedikit keluhan di sana sini,tapi itu tidak sama sekali melunturkan semangat kami untuk menjadikan kedua-dua program menjadi program yang berjaya dan akan menjadi ingatan buat semua.Akhirnya,kedua-dua program berjaya ditamatkan dengan jayanya.Sasaran kami rasanya berjaya dicapai.Harapan kami semoga,MPPU SMKDPT akan terus gemilang dan akhirnya menjadi aras tanda atau benchmark buat MPPU sekolah lain.Kalaupun bukan di zaman kami nanti,semoga kami menjadi perintisnya.

Di ruangan ini juga,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru bahagian Bimbingan dan Kaunseling SMKDPT yang memberikan kami kerjasama dan bantuan semasa mengendalikan program orientasi juga kepada Encik Azizan yang menyediakan backdrop pentas dan kepada semua yang membantu kami melaksanakan kedua-dua program ini.

Terima kasih juga kepada Guru-guru Tingkatan Enam khususnya Puan Zaleha,Puan Rahmah dan Puan Nordilaila yang membimbing kami terus-terusan sepanjang kedua-dua program ini berjalan.

Tahniah kepada AJK-AJK MPPU yang sangatlah memberikan kerjasama sehinggakan majlis program menjadi lancar tanpa masalah yang terlalu menyesakkan.Terima kasih dan tahniah buat kalian.Tanpa kalian,MPPU pasti tinggal nama sahaja.Huhu.

Kepada pelajar-pelajar lain,terima kasih atas kerjasama anda semua sepanjang program di dewan.Kalian memang hebat!

Buat Pelajar Tingkatan Enam Bawah!Berusaha terus.Chaiyok!


Terakhir kali,kami ingin menyusun semua jari yang ada untuk meminta maaf kepada sesiapa yang telah terguris hati sepanjang kami mengendalikan program ini.Yang baik itu sesungguhnya berakar dari Allah,yang jahat itu berakar dari kami.Andai ada yang tidak puas hati,jumpa dan kita akan bincangkan bersama.

Nikmati fotonya!




















1 comment:

Anonymous said...

terbaik la!!!! huhuhuhu