Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Tuesday, August 24, 2010

Majlis Panca Persada Mppu Smkdpt 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!


wah...Rasanya dah lama blog MPPU ni tidak dikemaskinikan dengan entri-entri kan?
Maaf sekali buat semua kerana blog ini sudah lama tidak dikemaskinikan dengan aktiviti yang telah kami jalankan.
Baiklah untuk entri kali ini blog kami akan sajikan untuk semua tentang aktivit yang julung kalinya dan menjadikan  satu aktiviti wajib setiap tahun bagi pelajar-pelajar Tingkatan 6..Baiklah berikut ialah butir-butir aktiviti yang telah kami jalankan.


Tarikh:9 Ogos 2010

Lokasi:Hotel Selesa,Pasir Gudang


Info: Majlis Panca Persada Mppu Smkdpt


Tema: 'Prom Nite' dengan tema pakaian Hitam,Putih dan Merah.


Sedikit sinopsis bagi majlis ini ialah dimana pada sebelah petangnya pada hari tersebut diadakan satu aktiviti menghias dan mencantikan dewan dengan kesesuaian tema yang telah ditetapkan.Terima kasih kepada pelajar Tingkatan Enam Atas dan Enam Bawah atas komitmen yang di berikan sepanjang perjalanan sesi menghias dewan.Satu kerjasama dua pihak yang dapat dibanggakan.Pelbagai pihak telah menyumbang tenaga mereka bagi menjayakan majlis yang dilangsungkan ini.Tahniah buat AJK-AJK yang terlibat dari tingkat tertinggi sehingga yang bawah.


Baiklah rakan-rakan blogger sekalian,untuk kali ini majlis yang kami jalankan telah membuat satu perubahan berbanding dengan tahun lepas.Jika tahun lepas majlis ini dilangsungkan pada sebelah petang,tetapi kali ini majlis ini dijalankan di sebelah malam.Pada malam majlis tersebut dapat dilihat bahawa semua pelajar,tetamu serta Vip mengenakan tema yang kami tetapkan .Pelbagai fesyen dan gaya yang diperagakan oleh semua pelajar.Perjalanan majis masih dapat di kawal meskipun terdapat sedikit masalah.Namun dapat di maklumkan bahaw itu perkara biasa dalam mengendalikan sesebuah majlis.Insyaallah ia akan menjadi satu semangat bagi kami AJK-AJK dalam melaksanakan sebuah tanggungjawab mengendalikan majlis besar seperti ini.


Baiklah tidak perlulah berceloteh terlalu panjang.Mari cucikan mata anda dengan beberapa gambar yang sempat kami 'capture' khas sepanjang perjalanan majlis tersebut.


Mari lihat siapa yang menyerlah.








































 Baiklah untuk entri akan datang,nantikan pelbagai gaya dan fesyen yang diperagakan oleh pejalar-pelajar Tingkatan 6 Atas.Mari lihat siapa yang menarik mata anda tehadap fesyen tersebut.Nantikan entri "STAILISTA MALAM PANCA PERSADA"



No comments: