Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Saturday, October 16, 2010

Percubaan 2010 bagi subjek Sejarah 2

SEJARAH 2-PERCUBAAN PAHANG 2010
KERTAS SEJARAH 2
BAHAGIAN A
1) Jelaskan perubahan peranan Raja pada sebelum & selepas penjajahan British di Tnah Melayu.
2) Bincangkan sistem ekonomi masyarakat Melayu sblum campurtangan British.
3) Terangkan ciri2 Persekutuan tanah Melayu 1948 & eraksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.
4) Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar Melayu menyebabkan berlaku penentangan di Perak & Pahang pada aaabad ke-19
5) Bncngkan peranan & sumbangan bidang kewartawanan di Tanah Melayu dlm membangkitkan Gerakan Nasionalisme Melayu sebelum perang dunia ke-2.
6) Jelaskan ksan politik,ekonomi & sosial akibat kependudukan Jepun di Tnah Melayu antara tahun 1942-1948.
BAHAGIAN B
7) Bncangkan agama & kepercayaan yg diamalkan oleh masyarakat Thailand Dan Myanmar senbelun kedatangan kuasa2 Barat.
8) Bincangkan Dasar Tutup Pintu yg dijalankan oleh China & Jepun pada awal abad ke 19.
9) Bncangkan tindak balas masyarakat peribumi terhadap kuasa2 asing di rantau Asia Tenggara.
10) Bincangkan kesan2 Perjanjian Kanagawa di Jepun & Perjanjian Bowring di Thailand terhadap negara berkenaan.
11) " Peletusan Dahagi India pd tahun 1857 & Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1911 adalah disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap Inggeris". jelaskan faktor2 kebangkitan gerakan penentangan tersebut.
12) Sejauhmanakah peranan yg dimainkan oleh golongan intelektual menjadi faktor utam dalam peletusan Revolusi 1911 di China & Revolusi 1932 di Thailand?

SEJARAH 2 – PERCUBAAN KEDAH 2010
BAHAGIAN A
1. Bincangkan sistem politik Melayu sebelum campur tangan British. (25 markah)
2. Sejauh manakah masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu mengamalkan ekonomi sara diri sebelum campur tangan British. (25 markah)
3. Bincangkan faktor-faktor tindakbalas golongan pembesar di Perak dan Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung abad ke-19. (25 markah)
4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) antara tahun 1874-1941. (25 markah)
5. Jelaskan perubahan-perubahan Perlembagaan Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga 1957. (25 markah)
6. Sejauh manakah sentimen antikomunis telah mempengaruhi penggubalan dasar luar Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga 1963. (25 markah)
BAHAGIAN B
7. Bincangkan adat masyarakat tempatan di Myanmar dan Vietnam sebelum campur tangan peluasan pengaruh Barat. (25 markah)
8. Bincangkan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun sehingga pertengahan abad ke-19. (25 markah)
9. Bandingkan proses pengilhakan Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19. (25 markah)
10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Filipina dan India terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. (25 markah)
11. Bandingkan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China dan Revolusi Siam pada awal abad ke-20. (25 markah)
12. Bagaimanakah pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada pertengahan abad ke-20. (25 markah)



SEJARAH 2 – PERCUBAAN SABAH 2010

BAHAGIAN A
1. .Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu . [25]
2. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. [25]
3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. [25]
4. Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Melayu. [25]
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. [25]
6. Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia . [25]
BAHAGIAN B
7. Huraikan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. [25]
8. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing. [25]
9. Huraikan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua. [25]
10. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. [25]
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang Dunia Kedua. [25]
12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963. [25]


SOALAN PERCUBAAN TERENGGANU 2010
SEJARAH KERTAS 2
Bahagian A
Jawab DUA soaan sahaja.
1. “Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 mempunyai perbezaan dalam beberapa perkara tertentu”. Berdasarkan pernyataan mi, jelaskan perbezaan yang terciapat dalam kedua-dua adat tersebut.
2. Jelaskan reaksi penduduk pribumi terhadap pemerintahan Syarikat Borneo Utara British di Sabah sehingga tahun 1915.
3. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan kolonial di Tanah Melayu hingga tahun
1941.
4. Bincangkan dasar dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tahun 1941 hingga tahun 1945.
5. Mengapakah pada peringkat awal, pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan Malaysia?
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957.
Bahagian B
Jawab DUA soalan sahaja.
7. Bincangkan struktur dan peranan pembesar di Siam dan Jepun sebelum campur tangan Barat.
8. Bincangkan proses pengilhakan kuasa Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.
9. Bincangkan usaha pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn (1868-1910) dan usaha pemodenan Jepun semasa pemerintahan Maharaja Meiji (1868- 1912).
10. Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand menunjukkan satu aliran berbeza berbanding gerakan nasionalisme negara-negara lain di Asia Tenggara.
11. Bincangkan kejayaan perjuangan Gerakan 4 Mei di China dan Gerakan Thakin di Burma.
12. Bincangkan kejayaan Amerika Syarikat mengukuhkan fahaman demokrasi di Filipina (1935-1946) dan di Jepun (1945-1952).
 

SEJARAH 2 : PERCUBAAN KELANTAN 2010
BAHAGIAN A
1. Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.
2. Sejauh manakah ekonomi di Tanah Melayu bersifat sara diri sebelum kedatangan British
3. Bincangkan penentangan penduduka tempatan terhadap pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan Pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19
4. Nilaikan kepentingan politik dan ekonomi Perjanjian Persekutuan tahun 1895
5. Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri (Komunis) mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa tahun 1957 hingga 1963
BAHAGIAN B
7. Huraikan sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat
8. Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19
9. Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19
10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun 1941 hingga 1945 terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma
12. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (SCAP) di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952


SEJARAH 2 – PERCUBAAN SELANGOR
Bahagian A
1. Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British.[25M]
2. Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874. [25M]
3. Bincangkan kebangkitan anti British di Perak dan Pahang pada abad ke -19. [25M]
4. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dari tahun 1870 hingga 1942. [25M]
5. Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dari akhir abad ke -19 hingga awal abad ke- 20. [25M]
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antara bangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963. [25M]
Bahagian B
Jawab dua soalan sahaja.
7. Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat. [25M]
8. Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelum penglibatan kuasa-kuasa Barat. [25M]
9. Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19. [25M]
10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19. [25M]
11. Bandingkan faktor meletusnya revolusi yang berlaku di China 1911 dan Siam 1932. [25M]
12. Jelaskan ciri pemerintahan republik antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960. [25M]


SEJARAH 2 – PERCUBAAN PERAK

BAHAGIAN A
Jawab dua soalan sahaja
1. Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam institusi pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campurtangan British.
2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campurtangan British
3. Huraikan tindak balas masyarakat Melayu terhadap pentadbiran British di Perak dan Pahang pada akhir abad ke 19 .
4. Jelaskan implikasi penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 sepanjang abad ke 19.
5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu dari tahun 1949 hingga tahun 1957.
6. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hungga tahun 1963.
BAHAGIAN B
Jawab dua soalan sahaja
7. Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan di India sebelum kedatangan Barat.
8. Bincangkan dasar tutup pintu yang dijalankan oleh China dan Jepun pada awal abad ke 19.
9. Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo di Burma (1828) dan Perjanjian Nangking di China (1842).
10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di India dan di Indo China pada abad ke 19.
11. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.
12. Huraikan perkembangan ekonomi di Negara Filipina dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.

No comments: