Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Friday, April 8, 2011

Lawatan sambil belajar.

Pada  30  Mac  2011,  Majlis  Perwakilan  Pelajar  Pra  universiti  SMK  DPT  telah  mengadakan  lawatan  sambil  belajar  ke  Mahkamah  Sesyen/  Majistret  Johor  Bahru,  dan  wilayah  Iskandar,  Nusajaya.

Puan  Rahmah  binti  Musman (Guru  Penolong  Kanan  Tingkatan 6),  dan 
Puan  Zaleha  binti  Othman  (Guru  Pengajian  Am)

Perjalanan  ke  Mahkamah  Sesyen  Johor  Bahru  mengambil  masa  selama  sejam  bermula  pada  jam  7.30  pagi.  Seramai  110  orang  pelajar  Tingkatan  Enam  Atas  bersama  lima  orang  guru  pengiring  telah  turut  serta  dalam  lawatan  ini.  Tiga  buah  bas  telah  digunakan  sebagai  pengangkutan  utama.


Sewaktu  di  Mahkamah  Sesyen  Johor  Bahru,  kami  telah  diberikan  penerangan  tentang  cara  prosiding  di  dalam  mahkamah, sabitan  kesalahan  terhadap  pesalah,  masa  yang  digunakan  untuk  menyelesaikan  kes  di  dalam  mahkamah,  eviden  yang  perlu  di  dalam  mahkamah,  serta  menyaksikan  sendiri  prosiding  mahkamah  bagi  kesalahan  trafik,  dan  rasuah.
Shafiq  bin  Hamzah  (pengerusi  MPPU  SMKDPT sesi  2011),  dan
Salmilah  binti  Jamil  (Naib  pengerusi  MPPU  SMKDPT  sesi  2011).


Kami  telah  menikmati  juadah  tengah  hari,  dan  seterusnya  berhenti  untuk  mengerjakan  fardu  zuhur  bagi  pelajar  Islam,  dan  bagi  pelajar  bukan  Islam  untuk  berehat  seketika.  Perjalanan  diteruskan  lagi  untuk  kami  menilai  sendiri  bukti  kehebatan  wilayah  Iskandar,  Nusajaya.

Dewan  persidangan  di  Nusajaya.


Wilayah  Iskandar,  Nusajaya  ini  dibina  dengan  elemen  keislaman  yang  mantap. Suntikan  unsur-unsur  binaan  Al-Hambra  menambahkan  lagi  keindahan  panorama  alam.  Menjadikan  kehijauan  sebagai  prioriti,  Nusajaya  pasti  mampu  memainkan  peranan  sebagai  pusat  pentadbiran  baru  negeri  Johor. Keseimbangan  ekosistem  yang  dicipta  melahirkan  persepsi  selesa  kepada  rakyat.

Calon  STPM  2011


Kami  telah  pulang  pada  jam  4.30  petang.  Semua  sudah  menggunakan  kapasiti  minda  masing-masing  selepas  mendapat  data  terkini.  Akhir  kalam,  MPPU  mengharapkan  semua  pelajar  dapat  memahami,  dan  mengaplikasikan  segala  info  dalam  peperiksaan  STPM  pada  tahun  ini. 




~Kejayaan  adalah  milik  insan  yang  berusaha.~

2 comments:

Zu said...

Terbaik. :)

Semoga semuanya dijadikan pengalaman.

*jealous.tahun lepas tak dapat pergi Nusajaya pun. Heh. =.=

shAham said...

pdn mke.....=P