Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Sunday, June 26, 2011

Pengangguran siswazah

Soalan  :  Sikap  graduan  dianggap  menjadi  punca  yang  menyebabkan  pengangguran  dalam  kalangan  siswazah.  Di  samping  itu,  terdapat  punca  lain  yang  menyebabkan  fenomena  ini  terus  berlaku.  Huraikan  pernyataan  di  atas.


Taksiran  soalan  :  Memfokuskan  pada  sikap  graduan,  dan  mengetengahkan  bahawa  terdapat  faktor  lain  yang  mendorong  berlakunya  pengangguran  dalam  negara  dewasa  ini.
Kehendak  soalan  :  1+3


Pendahuluan
Pengangguran  dalam  kalangan  siswazah  bukan  perkara  asing  hari  ini.  Secara  tidak  langsung,  pengangguran  telah  menganggu  kelangsungan  hidup,  dan  kemajuan  ekonomi.  Masalah  pengangguran  ini  semakin  meruncing  disebabkan  sikap  siswazah,  dan  disokong  dengan  pelbagai  faktor  lain.



Sikap  siswazah
Siswazah  terlalu  memilih  pekerjaan
- Kebanyakkan  siswazah  lebih  cenderung  memilih  kerjaya  yang  menawarkan  gaji  lumayan.
-Siswazah  lebih  gemar  memilih  persekitaran  kerja  yang  selesa  seperti  kawasan  kerja  yang  dilengkapi  dengan  penghawa  dingin.
-Terdapat  siswazah  yang  meletakkan  harapan  untuk  bekerja  di  dalam  sektor  kerajaan  yang  ditawarkan  tanpa  berusaha  mencari  peluang  kerja  dalam  sektor  swasta.

Punca  lain
Kerjaya  yang  ditawarkan  tidak  relevan  dengan  pengajian  di  universiti.
-Siswazah  memohon  atau  mengambil  kerja  yang  tidak  selaras  dengan  pengajian  di  universiti.
-Tahap  pengajian yang  tidak  sesuai  dengan  tawaran  pasaran  masa  ini  akan  menyebabkan  siswazah  tidak  mendapat  pekerjaan.
-Produktiviti  pekerja  terjejas.
-Kesannya,  siswazah  tidak  berani  mengambil  peluang  pekerjaan  yang  ditawarkan.

Masalah  keyakinan  diri
-Siswazah  lebih  banyak  mempelajari  teori  berbanding  pengamalan  praktikal  semasa  di  universiti.
-Siswazah  tidak  dapat  memberikan  kualiti  perkhidmatan  yang  baik  kerana  tidak  yakin  dengan  kebolehan  diri.
-Kesukaran  dalam  berkomunikasi  bahasa asing  seperti  gugup  menjawab  soalan  dalam  bahasa  Inggeris  semasa  interbiu.
-Siswazah  gagal  mempamerkan  bakat,  dan  kelebihan  diri.
-Majikan  tidak  mahu  menanggung  kerugian  mengaji  pekerja  yang  kurang  mahir.

Peralihan  ekonomi
-Siswazah  tidak  mendapat  pekerjaan  akibat  peralihan  ekonomi  dalam  sesebuah  negara.
-Buktinya,  peralihan  sektor  perindustrian  kepada  sektor  perkhidmatan.  Siswazah,  dan  pekerja  sedia  ada  memiliki  pengetahuan  dalam  pengendalian  jentera,  penggunaan  bahan  kimia,  dan  pemprosesan  perindustrian.
-Perkembangan  sektor  perkhidmatan  akan  memnyebabkan  pekerja  sedia  ada  diberhentikan,  dan  peluang  pekerjaan  menjadi  terhad.
-Kesannya,  siswazah  gagal  mendapat  pekerjaan.


Kesimpulannya,  pengangguran  dalam  kalangan  siswazah  dapat  di  atasi  daripada  terus  membarah.  Sikap  graduan  juga  perlu  diubah  bagi  menjamin perubahan  dalam  masa  depan  mereka.





-Kejayaan  milik  insan  yang  berusaha-

1 comment:

I am Me said...

soklan pA,, tQ2,,