Label

My photo
STPM, dan coretan pelajarnya.

Monday, June 27, 2011

Teknologi genetik

Soalan  :  Isu  penyelidikan  telah  heboh  diperkatakan  dengan  pelbagai  kejayaan  yang  dicipta  dalam  bidang  penyelidikan  genetik  ini.  Selain  pengklonan,  kaedah  kacukan  dan  bayi  tabung  uji  juga  merupakan  cabang  dalam  kejuruteraan  genetik.  Bincangkan  kepentingan  penyelidikan  genetik  kepada  manusia.

Taksiran  soalan  :  Soalan  memerlukan  calon  untuk  mennceritakan  sumbangan  yang  telah  berlaku  dalam  teknologi  genetik,  dan  menyatakan  kelebihan/kepentingan  teknologi  genetik  terhadap  hidupan.
Kehendak  soalan  :  1+3
Laras  :  Sains

Pendahuluan
[pengolahan  masing-masing]

Bukti  sumbangan
Sumbangan  kejuruteraan  genetik
-Merupakan  satu  bidang  yang  berkaitan  dengan  kajian  tentang  struktur,  dan  fungsi  baka  seperti  kromosom,  gen,  dan  DNA.
-Teknik  kejuruteraan  genetik  merujuk  kepada persenyawaan  in-vitro,  persenyawaan  bayi  tabung  uji,  permanian  berhadas,  pengklonan  kultur  tisu,  dan  lain-lain.

Kelebihan/kepentingan
Mengelakkan  penyakit  keturunan
-Teknologi  genetik  boleh  mengubah  maklumat  pada  kromosom  dalam  gen  induk.
-Taraf  kesihatan  induk  bertambah  baik.
-penyakit  keturunan  seperti  kanser,  strok,  dan  diabetis  dapat  dielakkan.
-Memudahkan  penderma  organ  daripada  organ-organ  tertentu  yang  diklonkan  tanpa  mengambilnya  daripada  manusia  normal.

Menghasilkan  baka  tanaman  yang  lebih  baik
-Sektor  pertanian  dapat  ditingkatkan  dengan  penghasilan  produk  berkualiti.
-Tumbuhan  kepala  sawit  Disifera  dikacukan  dengan  Dura  telah  menghasilkann  buah  tempurung  yang  nipis,  dan  mengeluarkan  banyak  minyak.
-Produk  yang  diahasilkan  keunikan  baka.
-Kacukan  ayam  dan  burung  puyuh  juga  pernah  dilakukan.

Mengatasi  masalah  kemandulan
-Dalam  mengaplikasi  teknologi  genetik,  permanian  berhadas  dilakukan  apabila  mendapati  suami  mandul.
Selain  itu,  teknik  persenyawaan  in-vitro  membolehkan  wanita  yang  berhadapan  masalah  tiub  fallopia  melahirkan  anak.
-Persenyawaan  tabung  uji  dilakukan  apabila  sperma  bapa  dan  ovum  ibu  disenyawakan  dalam  makmal.
-Pembentukan embrio  yang  berjaya  akan  diletakkan  dalam  rahim  ibu  untuk  proses  tumbesaran   kandungan.

Membantu  mengenal  pasti  identiti  individu
-Kecanggihan  alatan  makmal,  dan  kepakaran  teknologi  genetik  membantu  menyelesaikan  kes  jenayah.
-Pakar   forensik  mengambil  spesimen  tisu-tisu  badan,  rambut,  dan  tulang  mayat  untuk  mengenal pasti  identiti  mangsa.
-Penjenayah  dalam  kes  rogol  juga  dapat  dijejak  melalui  ujian  DNA.
-Sekiranya  berlaku  perebutan  anak  yang  ditutntut  oleh  dua  individu  yang  masing-masing  mengaku  ibu  kandung,  melalui  ujian  DNA  dapat  memastikan  persamaan  genetik  anak  tersebut  terhadap  ibunya.

Kesimpulan
[pengolahan  masing-masing].



~Kejayaan  milik  insan  yang  berusaha~

No comments: