Taksiran soalan : Soalan memerlukan calon untuk mennceritakan sumbangan yang telah berlaku dalam teknologi genetik, dan menyatakan kelebihan/kepentingan teknologi genetik terhadap hidupan.
Kehendak soalan : 1+3
Laras : Sains
Pendahuluan
[pengolahan masing-masing]
Bukti sumbangan
Sumbangan kejuruteraan genetik
-Merupakan satu bidang yang berkaitan dengan kajian tentang struktur, dan fungsi baka seperti kromosom, gen, dan DNA.
-Teknik kejuruteraan genetik merujuk kepada persenyawaan in-vitro, persenyawaan bayi tabung uji, permanian berhadas, pengklonan kultur tisu, dan lain-lain.
Kelebihan/kepentingan
Mengelakkan penyakit keturunan
-Teknologi genetik boleh mengubah maklumat pada kromosom dalam gen induk.
-Taraf kesihatan induk bertambah baik.
-penyakit keturunan seperti kanser, strok, dan diabetis dapat dielakkan.
-Memudahkan penderma organ daripada organ-organ tertentu yang diklonkan tanpa mengambilnya daripada manusia normal.
Menghasilkan baka tanaman yang lebih baik
-Sektor pertanian dapat ditingkatkan dengan penghasilan produk berkualiti.
-Tumbuhan kepala sawit Disifera dikacukan dengan Dura telah menghasilkann buah tempurung yang nipis, dan mengeluarkan banyak minyak.
-Produk yang diahasilkan keunikan baka.
-Kacukan ayam dan burung puyuh juga pernah dilakukan.
Mengatasi masalah kemandulan
-Dalam mengaplikasi teknologi genetik, permanian berhadas dilakukan apabila mendapati suami mandul.
Selain itu, teknik persenyawaan in-vitro membolehkan wanita yang berhadapan masalah tiub fallopia melahirkan anak.
-Persenyawaan tabung uji dilakukan apabila sperma bapa dan ovum ibu disenyawakan dalam makmal.
-Pembentukan embrio yang berjaya akan diletakkan dalam rahim ibu untuk proses tumbesaran kandungan.
Membantu mengenal pasti identiti individu
-Kecanggihan alatan makmal, dan kepakaran teknologi genetik membantu menyelesaikan kes jenayah.
-Pakar forensik mengambil spesimen tisu-tisu badan, rambut, dan tulang mayat untuk mengenal pasti identiti mangsa.
-Penjenayah dalam kes rogol juga dapat dijejak melalui ujian DNA.
-Sekiranya berlaku perebutan anak yang ditutntut oleh dua individu yang masing-masing mengaku ibu kandung, melalui ujian DNA dapat memastikan persamaan genetik anak tersebut terhadap ibunya.
Kesimpulan
[pengolahan masing-masing].
~Kejayaan milik insan yang berusaha~
No comments:
Post a Comment