Taksiran soalan : Memfokuskan kepada sumbangan wanita dalam meningkatkan nama negara di mata dunia, dan masalah sosial yang diharungi wanita dalam kerjaya mereka.
Laras : sastera (2+2)
Pendahuluan
(mengikut pengolahan masing-masing)
Sumbangan wanita
I1- wanita memberi sumbangan dalam bidang ekonomi.
H1- ramai pakar ekonomi wanita yang dilahirkan dewasa ini.
H2- menceburi bidang perniagaan bukan hanya perniagaan domestik malahan sehingga ke peringkat antarabangsa.
H3- bukan sahaja semakin memonopoli bidang perniagaan tetapi semakin ramai wanita melibatkan diri secara aktif dalam dunia korporat.
H4- wanita memberikan idea berkelas dunia. Idea telah diaplikasikan untuk membangunkan negara.
H5- Buktinya, dalam negara Gabenor Bank Negara diungguli wanita (Zeti Akhtar Aziz).
I2- wanita dalam sumbangan sosial, dan kemasyarakatan.
H1- membantu dalam aspek kesihatan dengan menjadi pekerja sukarela membantu insan di kawasan bencana alam.
H2- menjadi duta negara dalam perbincangan tentang hak, dan kepentingan sosial.
H3- meningkatkan imej negara dengan sumbangan yang disalurkan atas nama Malaysia.
H4- menjadi sebutan, dan sanjungan dalam kalangan masyarakat.
Masalah sosial yang dihadapi wanita
I3-Institusi kekeluargaan menjadi longgar.
H1- kekangan masa yang terhad dalam melaksanakan komunikasi kekeluargaan.
H2- hubungan kekeluargaan menjadi renggang.
H3- anak-anak menghadapi masalah namun tiada tempat mengadu.
H4- menimbulkan konflik peranan kepada wanita antara menjadi ibu, isteri, dan pekerja.
I4- Beban kerja yang menimbun.
H1- pekerja wanita terbeban dengan tugas yang terpaksa dilakukan diluar kemampuan, dan masa yang singkat.
H2- membangkitkan psikologi negatif dalam diri pekerja wanita.
H3- persepsi negatif mengganggu konsentrasi untuk bekerja.
H4- pekerja gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan.
H5- kegagalan mencapai target dalam pekerjaan membuatkan pekerja tertekan dan bertindak bunuh diri.
Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan lagi sumbangan wanita adalah selaras dalam meningkatkan imej negara. Seharusnya pihak majikan perlu peka melindungi hak, kebajikan, dan kepentingan pekerja wanita.
~Kejayaan milik insan yang berusaha~
No comments:
Post a Comment